Tidak ada seorang pun hamba di dunia ini yang ditimpa musibah atas sebab dosanya

TEKS BAHASA ARAB

ما من عبد ابتلي بلية في الدنيا بذنب، فالله أكرم وأعظم عفوا من أن يسأل عن ذلك الذنب يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada seorang pun hamba di dunia ini yang ditimpa musibah atas sebab dosanya. Sesungguhnya Allah itu lebih Mulia dan lebih Pemaaf daripada akan bertanya berkenaan dosa itu pada hari Kiamat kelak.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2027, hadis nombor 10198. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي غانم، قال: بينما نحن عند الحسن إذ جاء بلال بن أبي بردة، فاستأذن على الحسن، فقال: ما لي ولبلال؟! ثلاث مرات، قال: ائذن له، قال: فدخل بلال على الحسن، ولم يدخل من معه من الناس، فقعد مع الحسن على مجلسه، فسأله، ثم أخذ يد الحسن، فوضعها في حجره، وقال بلال: يا أبا سعيد! ألا أحدثك بحديث حدثني به أبي أبو بردة عن أبي موسى الأشعري، عن رسول الله ﷺ قال: ما من عبد ابتلي بلية في الدنيا بذنب، فالله أكرم و أعظم عفوا من أن يسأل عن ذلك الذنب يوم القيامة.
[ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4489)]

(Lemah)
Daripada Abu Ghanim, berkata: Apabila kami berada bersama-sama Hassan, kemudian Bilal bin abu Burdah datang kepada kami, maka kami meminta izin daripada Hassan, berkata Hassan: Ada apa denganku dan ada apa dengan Bilal?! Sebanyak tiga kali. Dia berkata: Izinkanlah dia. Dia berkata: Maka Bilal pun masuk dan pergi ke arah Hassan, dan tidak ada seorang pun yang bersamanya pada waktu itu, dan duduk bersama-sama dalam majlisnya, kemudian bertanya kepada dan mengambil tangan Hassan dan letakkan di pangkuannya, dan Bilal berkata: Wahai Abu Said! Mahukah kamu jika aku ceritakan satu hadith yang datangnya daripada Abu Burdah dan juga datangnya daripada abu Musa Asa’ari. Daripada Rasulullah SAW, berkata: Tidak ada seorang pun hamba di dunia ini yang ditimpa musibah atas sebab dosanya. Sesungguhnya Allah itu Maha Mulia dan kemaafan Allah lagi besar daripada pertanyaan berkenaan dosa itu pada hari Kiamat kelak.
[Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4489]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs