TEKS BAHASA ARAB
حديث: ما من مسلم دنا من زوجته وهو ينوي إن حبلت منه يسميه محمدا إلا رزقه الله ولدا ذكرا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Tidak ada seorang pun daripada muslim yang mendekati (untuk menyetubuhi) isterinya dalam keadaan dia berniat jika isterinya hamil hasil daripada persetubuhannya itu, dia akan menamakannya dengan nama Muhammad melainkan Allah memberikannya rezeki berupa seorang anak lelaki.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 164, hadis nombor 488. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
موضوع قال ابن قيم الجوزية: وفي ذلك جزء كله كذب، قلت: لكن جربته فوجدته كذلك، والله أعلم.
Palsu. Ibn Qayyim Al-Jauziyyah berkata: Dan di dalam juzuk tersebut, semuanya dusta.
Saya berkata: Namun, saya telah melakukan percubaan, lalu saya mendapati ia terjadi sedemikian. Wallahua’lam.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.