Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Tidak ada seorang pun daripada muslim yang mendekati

Teks Bahasa Arab

حَدِيث: مَا من مُسلم دنا من زَوجته وَهُوَ يَنْوِي إِن حبلت مِنْهُ يُسَمِّيه مُحَمَّدًا إِلَّا رزقه الله ولدا ذكرا.

Teks Bahasa Melayu

Hadis: Tidak ada seorang pun daripada muslim yang mendekati (untuk menyetubuhi) isterinya dalam keadaan dia berniat jika isterinya hamil hasil daripada persetubuhannya itu, dia akan menamakannya dengan nama Muhammad melainkan Allah memberikannya rezeki berupa seorang anak lelaki.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 164, hadis no. 488. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع قال ابن قيم الجوزية: وفي ذلك جزء كله كذب، قلت: لكن جربته فوجدته كذلك، والله أعلم.

Palsu. Ibn Qayyim al-Jawziyyah berkata: Dan di dalam juzuk tersebut, semuanya dusta. Saya berkata: Namun, saya telah melakukan percubaan, lalu saya mendapati ia terjadi sedemikian. Wallahua'lam.

Rujukan

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.