Tidak ada seorang pun daripada kamu yang lebih beruntung daripada yang lain

TEKS BAHASA ARAB

ليس أحد منكم بأكسب من أحد، وكتب الله المصيبة والأجل، وقسم المعيشة والعمل، والناس يجرون فيه على منتهى، والرزق مقسوم وهو آت ابن آدم على أي سيرة سارها، ليس تقوى تقي بزائده ولا فجور فاجر بناقصه، بينه وبين الله ستر وهو طالبه

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada seorang pun daripada kamu yang lebih beruntung daripada yang lain. Allah telah menuliskan setiap musibah dan ajal, telah Dia telah membahagikan tanggungan kehidupan dan amalan dan manusia hidup di atas (takdir yang telah ditentukan itu) sehingga ke akhirnya. Dan rezeki telah dibahagikan, ia datang kepada anak Adam di atas apa jua cara sekalipun. Bukanlah taqwa seorang yang bertaqwa menjadi penambahnya (rezeki) dan tidak pula derhaka seorang yang derhaka menjadi pengurangnya (rezeki). Di antaranya seorang hamba itu dan Allah ada penghadang, dan dia (hamba) itu penuntutnya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1745, hadis nombor 8792. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن مسعود -رضي الله عنه- مرفوعا: ((ليس أحد منكم بأكسب من أحد، وكتب الله المصيبة والأجل، وقسم المعيشة والعمل، والناس يجرون فيه على منتهى، والرزق مقسوم وهو آت ابن آدم على أي سيرة سارها، ليس تقوى تقي بزائده ولا فجور فاجر بناقصه، بينه وبين الله ستر وهو طالبه.)) [ابن المظفر في ((الفوائد))، الجوهري في ((أربعة مجالس))، ((الضعيفة)) (4131)].

(Sangat Lemah)
Daripada Ibnu Mas’ud RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Tidak ada seorang pun daripada kamu yang lebih beruntung daripada yang lain. Allah telah menuliskan setiap musibah dan ajal, telah Dia telah membahagikan tanggungan kehidupan dan amalan dan manusia hidup di atas (takdir yang telah ditentukan itu) sehingga ke akhirnya. Dan rezeki telah dibahagikan, ia datang kepada anak Adam di atas apa jua cara sekalipun. Bukanlah taqwa seorang yang bertaqwa menjadi penambahnya (rezeki) dan tidak pula derhaka seorang yang derhaka menjadi pengurangnya (rezeki). Di antaranya seorang hamba itu dan Allah ada penghadang, dan dia (hamba) itu penuntutnya.))
[Riwayat Ibn al-Muzaffar dalam al-Fawaid dan al-Jauhari dalam Arba’ah Majalis. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4131].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs