Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ليس أحدٌ منكمْ بأكسبَ من أحدٍ، وكتب اللهُ المصيبةَ والأجلَ، وقسمَ المعيشةَ والعملَ، والناسُ يجرون فيهِ على مُنتهى، والرزقُ مقسومٌ وهو آتٍ ابنَ آدمَ على أيِّ سيرةٍ سارها، ليس تقوى تقيٍّ بزائدِه ولا فجورِ فاجرٍ بناقصهِ، بينهُ وبينَ اللهِ سِترٌ وهو طالبهُ.
Teks Bahasa Melayu
Tidak ada seorang pun daripada kamu yang lebih beruntung daripada yang lain. Allah telah menuliskan setiap musibah dan ajal, telah Dia telah membahagikan tanggungan kehidupan dan amalan dan manusia hidup di atas (takdir yang telah ditentukan itu) sehingga ke akhirnya. Dan rezeki telah dibahagikan, ia datang kepada anak Adam di atas apa jua cara sekalipun. Bukanlah taqwa seorang yang bertaqwa menjadi penambahnya (rezeki) dan tidak pula derhaka seorang yang derhaka menjadi pengurangnya (rezeki).
Sahabat Perawi
- Ibn Mas'ud
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1745, hadis no. 8792. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن مسعود -رضي الله عنه- مرفوعا: ((ليس أحد منكم بأكسب من أحد، وكتب الله المصيبة والأجل، وقسم المعيشة والعمل، والناس يجرون فيه على منتهى، والرزق مقسوم وهو آت ابن آدم على أي سيرة سارها، ليس تقوى تقي بزائده ولا فجور فاجر بناقصه، بينه وبين الله ستر وهو طالبه.)) [ابن المظفر في ((الفوائد))، الجوهري في ((أربعة مجالس))، ((الضعيفة)) (4131)].
(Sangat Lemah) Daripada Ibnu Mas'ud RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Tidak ada seorang pun daripada kamu yang lebih beruntung daripada yang lain. Allah telah menuliskan setiap musibah dan ajal, telah Dia telah membahagikan tanggungan kehidupan dan amalan dan manusia hidup di atas (takdir yang telah ditentukan itu) sehingga ke akhirnya. Dan rezeki telah dibahagikan, ia datang kepada anak Adam di atas apa jua cara sekalipun. Bukanlah taqwa seorang yang bertaqwa menjadi penambahnya (rezeki) dan tidak pula derhaka seorang yang derhaka menjadi pengurangnya (rezeki).)). [Riwayat Ibn al-Muzaffar dalam al-Fawaid dan al-Jauhari dalam Arba’ah Majalis. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4131].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman