Tidak ada seorang pun daripada Hamba-Mu yang sakit

TEKS BAHASA ARAB

ما من عبد يمرض؛ إلا أمر الله حافظه أن ما عمل من سيئة فلا يكتبها، وما عمل من حسنة أن يكتبها عشر حسنات؛ وأن يكتب له من العمل الصالح كما كان يعمل وهو صحيح؛ وإن لم يعمل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada seorang pun daripada Hamba-Mu yang sakit melainkan Allah memerintahkan penjaganya jangan catat keburukan yang dia amalkan dan catatlah amal kebaikannya dengan sepuluh kebaikan, catatkan juga baginya amal soleh yang dia dahulu biasa lakukan waktu dia sihat walaupun dia tidak lakukan (sekarang).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2031, hadis nombor 10213. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: ما من عبد يمرض؛ إلا أمر الله حافظه أن ما عمل من سيئة فلا يكتبها، وما عمل من حسنة أن يكتبها عشر حسنات؛ وأن يكتب له من العمل الصالح كما كان يعمل وهو صحيح؛ وإن لم يعمل.
[ع، ((الضعيفة)) (4998)]

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA, berkata: Rasulullah SAW berkata: Tidak ada seorang pun daripada Hamba-Mu yang sakit melainkan Allah memerintahkan penjaganya jangan catat keburukan yang dia amalkan dan catatlah amal kebaikannya dengan sepuluh kebaikan, catatkan juga baginya amal soleh yang dia dahulu biasa lakukan waktu dia sihat walaupun dia tidak lakukan (sekarang).
[Riwayat Abu Ya’la. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4998]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs