Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Tidak ada seorang pun dalam kalangan pemimpin yang memaafkan ketika marah

Teks Bahasa Arab

ما منْ إمامٍ يعفُو عندَ الغضبِ؛ إلا عفَا اللهُ عنهُ يومَ القيامةِ.

Teks Bahasa Melayu

Tidak ada seorang pun dalam kalangan pemimpin yang memaafkan ketika marah, melainkan Allah akan mengampuninya pada hari kiamat.

Sahabat Perawi

  1. Makhul

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 840, hadis no. 4310. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن مكحول مرفوعا مرسلا: ((ما من إمام يعفو عند الغضب؛ إلا عفا الله عنه يوم القيامة)). [ابن أبي الدنيا في ((كتاب الإشراف))، ((الضعيفة)) (4475)]

(Lemah) Daripada Makḥūl secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): dan mursal (perawi gugur di peringkat sahabat): Tidak ada seorang pun dalam kalangan pemimpin yang memaafkan ketika marah, melainkan Allah akan mengampuninya pada hari kiamat. [Riwayat Ibn Abī al-Dunyā dalam Kitab al-Isyrāf. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4475]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.