Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Tidak ada seorang penunggang pun yang bersendirian dalam perjalanannya bersama Allah dan zikir kepadanya, kecuali ada malaikat yang mengekorinya

Teks Bahasa Arab

ما من راكبٍ يخلو في مسيرِهِ باللهِ وذِكْرِهِ؛ إلا رَدَفَهُ مَلَكٌ، ولا يخلو بشِعْرٍ ونحوِه؛ إلا رَدَفَهُ شيطانٌ.

Teks Bahasa Melayu

Tidak ada seorang penunggang pun yang bersendirian dalam perjalanannya bersama Allah dan zikir kepadanya, kecuali ada malaikat yang mengekorinya. Manakala tidak juga dia bersendirian dengan syair dan seumpamanya, kecuali ada syaitan yang mengekorinya.

Sahabat Perawi

  1. ‘Uqbah bin 'Amir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 579, hadis no. 2982.

(منكر) عن ‌عقبة بن عامر - رضي الله عنه - قال: قال: قال ﷺ: «ما من راكب يخلو في مسيره بالله وذكره؛ إلا ‌ردفه ملك، ولا يخلو بشعر ونحوه؛ إلا ‌ردفه شيطان». [طب، «الضعيفة» (6688)].

(Munkar) Daripada ‘Uqbah bin 'Amir RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: "Tidak ada seorang penunggang pun yang bersendirian dalam perjalanannya bersama Allah dan zikir kepadanya, kecuali ada malaikat yang mengekorinya. Manakala tidak juga dia bersendirian dengan syair dan seumpamanya, kecuali ada syaitan yang mengekorinya". [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6688].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.