Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Tidak ada seorang muslim yang pergi untuk berjihad di jalan Allah

Teks Bahasa Arab

ما راح مسلمٌ في سبيل اللهِ مجاهدًا، أو حاجًّا مُهِلًّا أو مُلبِّيًا؛ إلا غربت الشمسُ بذنوبه، وخرج منها.

Teks Bahasa Melayu

Tidak ada seorang muslim yang pergi untuk berjihad di jalan Allah, atau pergi menunaikan haji secara bertalbiah, kecuali matahari akan terbenam bersama dosanya, lalu dia keluar darinya.

Sahabat Perawi

  1. Sahl bin Sa’d al-Sa’idi RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 751, hadis no. 3844. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن سهل بن سعد الساعدي -رضي الله عنه - مرفوعا: «ما راح مسلم في سبيل الله مجاهدا، أو حاجا مهلا أو ملييا؛ إلا غربت الشمس بذنوبه، وخرج منها». [طس، «الضعيفة» (5095)].

(Munkar) Daripada Sahl bin Sa’d al-Sa’idi RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak ada seorang muslim yang pergi untuk berjihad di jalan Allah, atau pergi menunaikan haji secara bertalbiah, kecuali matahari akan terbenam bersama dosanya, lalu dia keluar darinya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5095].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.