Tidak ada seorang muslim yang mati lalu dua orang lelaki daripada jirannya yang dekat menyaksikannya

TEKS BAHASA ARAB

ما من مسلم يموت فيشهد له رجلان من جيرانه الأدنيين، فيقولان: اللهم لا نعلم إلا خيراً، إلا قال الله للملائكة: اشهدوا أني قد قبلت شهادتهما، وغفرت ما لا يعلمان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada seorang muslim yang mati lalu dua orang lelaki daripada jirannya yang dekat bersaksi dengan berkata: "Ya Allah! kami tidak mengetahui tentangnya kecuali yang baik", melainkan Allah akan berkata kepada malaikat: "Bersaksilah sesungguhnya aku telah menerima penyaksian mereka berdua itu dan telah aku ampunkan apa yang tidak mereka ketahui."

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1737, hadis nombor 8739. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بلفظ (رجلين)) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعا: ((ما من مسلم يموت فيشهد له رجلان من جيرانه الأدنيين، فيقولان: اللهم لا نعلم إلا خيراً، إلا قال الله للملائكة: اشهدوا أني قد قبلت شهادتهما، وغفرت ما لا يعلمان.)) [خط، ((الضعيفة)) (3318)].

(Munkar dengan adanya lafaz (dua orang lelaki))
Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’- disandarkan kepada Nabi SAW: ((Tidak ada seorang muslim yang mati lalu dua orang lelaki daripada jirannya yang dekat bersaksi dengan berkata: "Ya Allah! kami tidak mengetahui tentangnya kecuali yang baik", melainkan Allah akan berkata kepada malaikat: "Bersaksilah sesungguhnya aku telah menerima penyaksian mereka berdua itu dan telah aku ampunkan apa yang tidak mereka ketahui.")).
[Riwayat al-Khatib dalam al-Tarikh. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 3318].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs