Tidak ada seorang muslim yang berkata bila mana masuknya waktu pagi

TEKS BAHASA ARAB

ما من مسلم يقول إذا أصبح: الحمد لله، ربي الله، لا أشرك به شيئاً، أشهد أن لا إله إلا الله؛ إلا ظل يغفر له ذنوبه حتى يمسي، وإن قالها إذا أمسى؛ بات يغفر له ذنوبه حتى يصبح.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada seorang muslim yang mengucapkan di waktu pagi: ‘Segala puji bagi Allah, Tuhanku Allah, tidak aku mensyirikkan-Nya dengan sesuatu, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah’ melainkan diampunkan baginya dosa-dosanya berterusan sehingga ke waktu petang. Dan sekiranya dia mengucapkannya pada waktu petang, maka diampunkan baginya dosa-dosanya dari waktu malam sehingga ke waktu pagi.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1512, hadis nombor 7694. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبان المحاربي – وكان من الوفد الذين وفدوا إلى رسول الله – صلى الله عليه وسلم – من عبد القيس – أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قال: ((ما من مسلم يقول إذا أصبح: الحمد لله، ربي الله، لا أشرك به شيئاً، أشهد أن لا إله إلا الله؛ إلا ظل يغفر له ذنوبه حتى يمسي، وإن قالها إذا أمسى؛ بات يغفر له ذنوبه حتى يصبح. [البراز، ابن السني، طب، ((الضعيفة)) (5182)].

(Sangat Lemah)
Daripada Aban al-Muharibi (beliau merupakan utusan yang diutuskan kepada Rasulullah SAW daripada Abd al-Qays), bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Tidak ada seorang muslim yang mengucapkan di waktu pagi: ‘Segala puji bagi Allah, Allah Tuhanku, tidak aku mensyirikkan-Nya dengan sesuatu, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah’ melainkan diampunkan baginya dosa-dosanya, berterusan sehingga ke waktu petang. Dan sekiranya dia mengucapkannya pada waktu petang, maka diampunkan baginya dosa-dosanya dari waktu malam sehingga ke waktu pagi.))
[Riwayat al-Bazzar, Ibnu al-Sunni, dan al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 5182].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs