Tidak ada seorang muslim yang berdiri pada waktu petang di Arafah, lalu menghadap kiblat dengan wajahnya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ما من مسلم يقف عشية عرفة بالموقف، فيستقبل القبلة بوجهه، ثم يقول: لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد، وهو على كل شيء قدير (مئة مرة)، ثم يقول:«قل هو الله أحـد» (مئة مرة)، ثم يقول: اللهم! صل على محمد، كما صليت على إبراهيم وآل إبراهيم، إنك حميد مجيد، وعلى سامعهم (مئة مرة)؛ إلا قال الله – تعالى -: يا ملائكتي! ما جزاء عبدي هذا؟ سبحني وهللني، وكبرني، وعظمني، وعرفني، وأثنى علي، وصلى على نبيي؟!؛ اشهدوا ملائكتي! أني قد غفرت له، وشفعته في نفسه، ولو سألني عبدي هذا؛ لشفعته في أهل الموقف كلهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada seorang muslim yang berdiri pada waktu petang di Arafah, lalu menghadap kiblat dengan wajahnya dan berkata: Tiada Tuhan selain Allah, tiada sekutu baginya, baginya kekuasaan dan puji-pujian dan dialah yang berkuasa atas setiap sesuatu. (100 kali) Kemudian dia berkata: “Katakanlah bahawa Allah yang Maha Esa (surah al-Ikhlas)” (100 kali) Kemudian dia berkata: Ya Allah! Berikanlah kesejahteraan terhadap Nabi Muhamad seperti mana kamu berikan kesejahteraan terhadap Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya engkau Maha Terpuji, serta kepada yang mendengarnya (100 kali) kecuali Allah berkata: Wahai Malaikatku, apakah ganjaran bagi hambaku ini? Dia bertasbih kepadaku, bertahlil, bertakbir, mengagungkan aku, memujiku dan berselawat kepada Nabiku? Bersaksilah wahai malaikatku! Sesungguhnya aku telah mengampunkannya, dan memberi syafaat kepadanya. Jika hambaku ini meminta, nescaya aku akan beri syafaat kepadanya yang dapat dimanfaatkan oleh kesemua yang berada di situ.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 752, hadis nombor 3847. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جابر بن عبدالله -رضي الله عنهما- مرفوعا: «ما من مسلم يقف عشية عرفة بالموقف، فيستقبل القبلة بوجهه، ثم يقول: لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد، وهو على كل شيء قدير (مئة مرة)، ثم يقول:«قل هو الله أحـد» (مئة مرة)، ثم يقول: اللهم! صل على محمد، كما صليت على إبراهيم وآل إبراهيم، إنك حميد مجيد، وعلى سامعهم (مئة مرة)؛ إلا قال الله – تعالى -: يا ملائكتي! ما جزاء عبدي هذا؟ سبحني وهللني، وكبرني، وعظمني، وعرفني، وأثنى علي، وصلى على نبيي؟!؛ اشهدوا ملائكتي! أني قد غفرت له، وشفعته في نفسه، ولو سألني عبدي هذا؛ لشفعته في أهل الموقف كلهم».
[ابن عساكر في «جزء فضل عرفة»، «الضعيفة» (5104)].

(Lemah)
Daripada Jabir bin Abdullah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Tidak ada seorang muslim yang berdiri pada waktu petang di Arafah, lalu menghadap kiblat dengan wajahnya dan berkata: Tiada Tuhan selain Allah, tiada sekutu baginya, baginya kekuasaan dan puji-pujian dan dialah yang berkuasa atas setiap sesuatu. (100 kali) Kemudian dia berkata: “Katakanlah bahawa Allah yang Maha Esa (surah al-Ikhlas)” (100 kali) Kemudian dia berkata: Ya Allah! Berikanlah kesejahteraan terhadap Nabi Muhamad seperti mana kamu berikan kesejahteraan terhadap Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya engkau Maha Terpuji, serta kepada yang mendengarnya (100 kali) kecuali Allah berkata: Wahai Malaikatku, apakah ganjaran bagi hambaku ini? Dia bertasbih kepadaku, bertahlil, bertakbir, mengagungkan aku, memujiku dan berselawat kepada Nabiku? Bersaksilah wahai malaikatku! Sesungguhnya aku telah mengampunkannya, dan memberi syafaat kepadanya. Jika hambaku ini meminta, nescaya aku akan beri syafaat kepadanya yang dapat dimanfaatkan oleh kesemua yang berada di situ.”
[Riwayat Ibn Asakir dalam Juz Fadhl Arafah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5104].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.