Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما منْ مسلمٍ يقفُ عشيةَ عرفةَ بالموقفِ، فيستقبلُ القبلةَ بوجههِ، ثم يقولُ: لا إلهَ إلا اللهُ وحدهُ لا شريك لهُ، له الملكُ ولهُ الحمدُ، وهو على كلِّ شيءٍ قديرٌ (مئةَ مرةٍ)، ثم يقولُ: «قل هو الله أحـد» (مئةَ مرةٍ)، ثم يقولُ: اللهمَّ! صلِّ على محمدٍ، كما صليتَ على إبراهيمَ وآلِ إبراهيمِ، إنك حميدٌ مجيدٌ، وعلى سامعهِم (مئةَ مرةٍ)؛ إلا قال اللهُ تعالى: يا ملائكتي! ما جزاءُ عبدي هذا؟ سبَّحَني وهلَّلني، وكبَّرني وعظَّمني، وعرَفني، وأثنى عليَّ، وصلَّى على نبييِّ؟!؛ اشهَدوا ملائكَتي! أني قدْ غفرتُ لهُ، وشفَّعتُهُ في نفسهِ، ولو سألني عبدي هذا؛ لشفَّعتُه في أهلِ الموقفِ كلِّهم.
Teks Bahasa Melayu
Tidak ada seorang muslim yang berdiri pada waktu petang di Arafah, lalu menghadap kiblat dengan wajahnya dan berkata: Tiada Tuhan selain Allah, tiada sekutu baginya, baginya kekuasaan dan puji-pujian dan dialah yang berkuasa atas setiap sesuatu. (100 kali) Kemudian dia berkata: “Katakanlah bahawa Allah yang Maha Esa (surah al-Ikhlas)” (100 kali) Kemudian dia berkata: Ya Allah! Berikanlah kesejahteraan terhadap Nabi Muhamad seperti mana kamu berikan kesejahteraan terhadap Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya engkau Maha Terpuji, serta kepada yang mendengarnya (100 kali) kecuali Allah berkata: Wahai Malaikatku, apakah ganjaran bagi hambaku ini? Dia bertasbih kepadaku, bertahlil, bertakbir, mengagungkan aku, memujiku dan berselawat kepada Nabiku? Bersaksilah wahai malaikatku! Sesungguhnya aku telah mengampunkannya, dan memberi syafaat kepadanya. Jika hambaku ini meminta, nescaya aku akan beri syafaat kepadanya yang dapat dimanfaatkan oleh kesemua yang berada di situ.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 752, hadis no. 3847. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن جابر بن عبدالله -رضي الله عنهما- مرفوعا: «ما من مسلم يقف عشية عرفة بالموقف، فيستقبل القبلة بوجهه، ثم يقول: لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد، وهو على كل شيء قدير (مئة مرة)، ثم يقول:«قل هو الله أحـد» (مئة مرة)، ثم يقول: اللهم! صل على محمد، كما صليت على إبراهيم وآل إبراهيم، إنك حميد مجيد، وعلى سامعهم (مئة مرة)؛ إلا قال الله - تعالى -: يا ملائكتي! ما جزاء عبدي هذا؟ سبحني وهللني، وكبرني، وعظمني، وعرفني، وأثنى علي، وصلى على نبيي؟!؛ اشهدوا ملائكتي! أني قد غفرت له، وشفعته في نفسه، ولو سألني عبدي هذا؛ لشفعته في أهل الموقف كلهم». [ابن عساكر في «جزء فضل عرفة»، «الضعيفة» (5104)].
(Daif) Daripada Jabir bin Abdullah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Tidak ada seorang muslim yang berdiri pada waktu petang di Arafah, lalu menghadap kiblat dengan wajahnya dan berkata: Tiada Tuhan selain Allah, tiada sekutu baginya, baginya kekuasaan dan puji-pujian dan dialah yang berkuasa atas setiap sesuatu. (100 kali) Kemudian dia berkata: “Katakanlah bahawa Allah yang Maha Esa (surah al-Ikhlas)” (100 kali) Kemudian dia berkata: Ya Allah! Berikanlah kesejahteraan terhadap Nabi Muhamad seperti mana kamu berikan kesejahteraan terhadap Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya engkau Maha Terpuji, serta kepada yang mendengarnya (100 kali) kecuali Allah berkata: Wahai Malaikatku, apakah ganjaran bagi hambaku ini? Dia bertasbih kepadaku, bertahlil, bertakbir, mengagungkan aku, memujiku dan berselawat kepada Nabiku? Bersaksilah wahai malaikatku! Sesungguhnya aku telah mengampunkannya, dan memberi syafaat kepadanya. Jika hambaku ini meminta, nescaya aku akan beri syafaat kepadanya yang dapat dimanfaatkan oleh kesemua yang berada di situ.” [Riwayat Ibn Asakir dalam Juz Fadhl Arafah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5104].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman