Tidak ada seorang Muslim pun yang bersama pasangannya

TEKS BAHASA ARAB

 مَا مِنْ مُسْلِم دَنَا زَوْجَتِهِ– وَهُوَ يَنْوِي إِنْ حَبِلَتْ مِنْهُ أَنْ يُسَمِّيَهُ مُحَمَّدٌ– إِلاَّس رَزَقَهُ اللهُ وَلَدًا ذَكَرًا

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada seorang Muslim pun yang bersama pasangannya – dalam keadaan dia berniat sekiranya mendapat zuriat akan dinamakan dengan nama Muhammad – Allah nescaya akan merezekikannya anak lelaki.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata Ibn Qayyim Al-Jawziyyah رحمه الله:

Ciri 6 Hadis Itu Nyata Batilnya
Antaranya hadis tersebut nyata kebatilannya. Kebatilan kandungan hadis tersebut menunjukkan ia mustahil daripada kata-kata Rasulullah SAW…

… Juga hadis berikut,
مَا مِنْ مُسْلِم دَنَا زَوْجَتِهِ– وَهُوَ يَنْوِي إِنْ حَبِلَتْ مِنْهُ أَنْ يُسَمِّيَهُ مُحَمَّدٌ– إِلاَّس رَزَقَهُ اللهُ وَلَدًا ذَكَرًا
“Tidak ada seorang Muslim pun yang bersama pasangannya – dalam keadaan dia berniat sekiranya mendapat zuriat akan dinamakan dengan nama Muhammad – Allah nescaya akan merezekikannya anak lelaki.”
——————————————
Kata Pentakhrij Buku Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu, Cetakan Kemilau Publika:
Direkod oleh Ibnu Jauzi di dalam al-Maudhu’at (1/242).

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon