Tidak ada seorang mukmin yang berpeluh (berpenat dengan ujian dunia) melainkan Allah akan menghapuskan dosa dan menuliskan baginya kebaikan dan mengangkat darjatnya

TEKS BAHASA ARAB

ما ضرب على مؤمن عرق قط؛ إلا حط الله عنه به خطيئة، وكتب له حسنة، ورفع له درجة

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada seorang mukmin yang berpeluh (berpenat dengan ujian dunia) melainkan Allah akan menghapuskan dosa dan menuliskan baginya kebaikan dan mengangkat darjatnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1746, hadis nombor 8797. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عائشة -رضي الله عنها- مرفوعا: ((ما ضرب على مؤمن عرق قط؛ إلا حط الله عنه به خطيئة، وكتب له حسنة، ورفع له درجة.)) [ابن أبي الدنيا في ((الكفارات))، الدولابي، طس، ابن شهين، ك، فر، ((الضعيفة)) (4456)]

(Lemah)
Daripada A’ishah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Tidak ada seorang mukmin yang berpeluh (berpenat dengan ujian dunia) melainkan Allah akan menghapuskan dosa dan menuliskan baginya kebaikan dan mengangkat darjatnya.))
Riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam al-Kaffarat, al-Dolabi, al-Tabarani dalam al-Awsat, Ibn Shahin, al-Hakim dalam al-Mustadrak dan al-Dailami dalam al-Firdaus

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs