TEKS BAHASA ARAB
ما من رجل علم ولده القرآن إلا توج أبواه يوم القيامة بتاج الملك، وكسي حلتين لم ير الناس مثلهما.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tidak ada seorang lelaki yang mengajarkan anaknya al-Quran kecuali ibu bapanya akan dipakaikan dengan mahkota raja pada hari kiamat, serta dipakaikan dengan pakaian sutera yang tidak pernah dilihat manusia sebelum ini.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 963, hadis nombor 4969. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا)
عن رجاء بن حيوة صاحب عمر بن عبد العزيز قال: كنا ذات يوم أنا وأبي جميعا، فقال معاذ بن جبل: من هذا يا حيوة؟ قال: هذا ابني رجاء: قال معاذ: فهل علمته القرءان؟ قال: لا، قال: فعلمه القرءان، فإني سمعت رسول الله ﷺ يقول: ما من رجل علم ولده القرءان إلا توج أبواه يوم القيامة بتاج الملك، وكسيا حلتين لم ير الناس مثلها. ثم ضرب بيده على كتفي وقال: يا بني إن استطعت أن تكسي والديك حلتين يوم القيامة، فافعل. فما حال علي السنة حتى تعلمت القرءان.
[ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6120)].
(Sangat lemah)
Daripada Raja’ bin Haiwah, sahabat ‘Umar bin Abdul Aziz dia berkata: Pada suatu hari, aku dan ayahku ada bersama. Maka Mu’az bin bertanya: Siapakah ini wahai Haiwah? Ayahku menjawab: Ini anakku Raja’. Mu’az bertanya lagi: Adakah kamu telah mengajarkannya al-Quran?. Ayahku menjawab: Tidak. Maka Mu’az RA berkata: Ajarilah dia akan al-Quran. Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Tidak ada seorang lelaki yang mengajarkan anaknya al-Quran kecuali ibu bapanya akan dipakaikan dengan mahkota raja pada hari kiamat, serta dipakaikan dengan pakaian sutera yang tidak pernah dilihat manusia sebelum ini. Kemudian ayahku menepuk bahuku dengan tangannya lalu berkata: Wahai anakku, sekiranya kamu mampu untuk memakaikan kedua ibu bapamu mahkota pada hari kiamat, maka lakukanlah. Dan tidak sampai setahun pun kecuali aku telah mempelajari al-Quran.
[Riwayat Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6120].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.