Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما من رجلٍ علَّم ولدَه القرآنَ إلا تُوِّجَ أبواهُ يومَ القيامةِ بتاجِ المَلِكِ، وكُسِيَا حُلَّتيْنِ لم يَرَ الناسُ مثلَهما.
Teks Bahasa Melayu
Tidak ada seorang lelaki yang mengajarkan anaknya al-Quran kecuali ibu bapanya akan dipakaikan dengan mahkota raja pada hari kiamat, serta dipakaikan dengan pakaian sutera yang tidak pernah dilihat manusia sebelum ini.
Sahabat Perawi
- Mu'az bin Jabal RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 963, hadis no. 4969. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Sangat lemah) Daripada Raja’ bin Haiwah, sahabat ‘Umar bin Abdul Aziz dia berkata: Pada suatu hari, aku dan ayahku ada bersama. Maka Mu’az bin bertanya: Siapakah ini wahai Haiwah? Ayahku menjawab: Ini anakku Raja’. Mu’az bertanya lagi: Adakah kamu telah mengajarkannya al-Quran?. Ayahku menjawab: Tidak. Maka Mu’az RA berkata: Ajarilah dia akan al-Quran. Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Tidak ada seorang lelaki yang mengajarkan anaknya al-Quran kecuali ibu bapanya akan dipakaikan dengan mahkota raja pada hari kiamat, serta dipakaikan dengan pakaian sutera yang tidak pernah dilihat manusia sebelum ini. Kemudian ayahku menepuk bahuku dengan tangannya lalu berkata: Wahai anakku, sekiranya kamu mampu untuk memakaikan kedua ibu bapamu mahkota pada hari kiamat, maka lakukanlah. Dan tidak sampai setahun pun kecuali aku telah mempelajari al-Quran. [Riwayat Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6120].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman