Tidak ada seorang lelaki yang membuka pakaiannya ketika dia berihram

TEKS BAHASA ARAB

ما من رجل يضع ثوبه وهو محرم، فتصيبه الشمس حتى تغرب؛ إلا غربت بخطاياه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada seorang lelaki yang membuka pakaiannya ketika dia berihram, lalu cahaya matahari mengenanya sehingga ia terbenam, kecuali ia akan terbenam bersama dosanya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 751, hadis nombor 3845. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن رجلا عن النبي ﷺ قال: «ما من رجل يضع ثوبه وهو محرم، فتصيبه الشمس حتى تغرب؛ إلا غربت بخطاياه».
[ابن أبي شيبة، «الضعيفة» (5018)].

(Munkar)
Daripada seorang lelaki daripada Nabi SAW berkata: Tidak ada seorang lelaki yang membuka pakaiannya ketika dia berihram, lalu cahaya matahari mengenanya sehingga ia terbenam, kecuali ia akan terbenam bersama dosanya.
[Riwayat Ibn Abi Syaibah dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5018].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.