Tidak ada seorang lelaki yang melihat ke arah wajah kedua ibu bapanya dengan pandangan kasih sayang

TEKS BAHASA ARAB

ما من رجل ينظر إلى وجه والديه نظر رحمة إلا كتب له بها حجة مقبولة مبرورة، قيل: يا رسول الله! وإن نظر إليه في اليوم مئة ألف مرة؟ قال: وإن نظر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada seorang lelaki yang melihat ke arah wajah kedua ibu bapanya dengan pandangan kasih sayang, melainkan akan ditulis buatnya pahala haji yang diterima lagi mabrur.)) Ditanyakan: “Wahai Rasulullah, sekalipun jika dia melihat ke arahnya dalam sehari sebanyak 100,000 kali? Baginda SAW menjawab: "Sekalipun dia memandangnya (sebanyak 100,000 kali)."

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 58, hadis nombor 255. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((ما من رجل ينظر إلى وجه والديه نظر رحمة إلا كتب له بها حجة مقبولة مبرورة، قيل: يا رسول الله! وإن نظر إليه في اليوم مئة ألف مرة؟ قال: وإن نظر)). [الرافعي، ((الضعيفة)) (3298)].

(Palsu)
Daripada Ibn ‘Abbās RA beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: ((Tidak ada seorang lelaki yang melihat ke arah wajah kedua ibu bapanya dengan pandangan kasih sayang, melainkan akan ditulis buatnya pahala haji yang diterima lagi mabrur.)) Ditanyakan: “Wahai Rasulullah, sekalipun jika dia melihat ke arahnya dalam sehari sebanyak 100,000 kali? Baginda SAW menjawab: ((Sekalipun dia memandangnya (sebanyak 100,000 kali).))
[Riwayat al-Rafi‘ī dalam Tārikhnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3298].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.