Tidak ada seorang lelaki yang bangun pada waktu malam lalu dia membangunkan isterinya

TEKS BAHASA ARAB

ما من رجل يستيقظ من الليل فيوقظ امرأته فإن غلبها النوم نضح في وجهها من الماء، فيقومان في بيتهما فيذكران الله عز وجل ساعة من الليل؛ إلا غفر لهما.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada seorang lelaki yang bangun pada waktu malam lalu dia membangunkan isterinya dan jika tidur menguasai هس maka lelaki itu merenjis air pada mukanya lalu mereka berdua qiyam di rumah mereka serta meningati Allah Azza Wa Jalla pada waktu malam melainkan diampunkan bagi mereka berdua.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1539, hadis nombor 7814. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

( ضعيف ). عن أبي مالك الأشعري – رضي الله عنه – قال: قال رسول الله صلي الله غليه وسلم: (ما من رجلٍ يستيقظ من الليل فيوقظُ امرأَتَهُ فإنْ غَلَبَهَا النَّوم نضحَ في وجهها من الماء، فيقومان في بيتِهما فيذكُركانَ الله عزَّ وجلَّ ساعةً من الليل؛ إلا غفر لهما). [طب، وفي ((مسند الشاميين))، ((الضعيفة))(5609)].

(Lemah)
Daripada Abu Malik al-Ash’ari RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah seorang lelaki yang bangun pada waktu malam lalu dia membangunkan isterinya dan jika tidur menguasai isterinya maka lelaki itu merenjis air pada mukanya lalu mereka berdua qiyam di rumah mereka serta mengingati Allah Azza Wa Jalla pada waktu malam melainkan diampunkan bagi mereka berdua.”
[Riwayat al-Tabarani di dalam al-Kabir , dan dalam Musnad al-Shamiyyin. Lihat Silsilah al-Da’ifah (5609].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs