Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَا مِنْ رَجُلٍ يَسْتَيْقظُ مِنَ اللَّيْلِ فَيُوقِظُ امْرَأََتَهُ فَإِنْ غَلَبَهَا النَّوْمُ نَضَحَ فِي وَجْهِهَا مِنَ الْمَاءِ، فَيَقُومَانِ فِي بَيْتِِهِمَا فَيَذْكُرَانِ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ سَاعَةً مِنَ اللَّيْلِ؛ إِلاَّ غُفِرَ لَهُمَا.
Teks Bahasa Melayu
Daripada Abi Malik al-Ash’ari RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada seorang lelaki yang bangun pada waktu malam lalu dia membangunkan isterinya dan jika tidur menguasai هس maka lelaki itu merenjis air pada mukanya lalu mereka berdua qiyam di rumah mereka serta meningati Allah Azza Wa Jalla pada waktu malam melainkan diampunkan bagi mereka berdua.”
Sahabat Perawi
- Abi Malik al-Ash’ari RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1539, hadis no. 7814. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
( ضعيف ). عن أبي مالك الأشعري - رضي الله عنه - قال: قال رسول الله صلي الله غليه وسلم: (ما من رجلٍ يستيقظ من الليل فيوقظُ امرأَتَهُ فإنْ غَلَبَهَا النَّوم نضحَ في وجهها من الماء، فيقومان في بيتِهما فيذكُركانَ الله عزَّ وجلَّ ساعةً من الليل؛ إلا غفر لهما). [طب، وفي ((مسند الشاميين))، ((الضعيفة))(5609)].
(Lemah) Daripada Abu Malik al-Ash’ari RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah seorang lelaki yang bangun pada waktu malam lalu dia membangunkan isterinya dan jika tidur menguasai isterinya maka lelaki itu merenjis air pada mukanya lalu mereka berdua qiyam di rumah mereka serta mengingati Allah Azza Wa Jalla pada waktu malam melainkan diampunkan bagi mereka berdua.” [Riwayat al-Tabarani di dalam al-Kabir , dan dalam Musnad al-Shamiyyin. Lihat Silsilah al-Da'ifah (5609].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman