TEKS BAHASA ARAB
ما من ميت يموت، فيقرأ عنده سورة (يس)؛ إلا هون الله عز وجل عليه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tidak ada seorang jenazah yang mati lalu dibacakan di sisinya surah Yasin melainkan Allah Azza wa Jalla akan meringankan (seksaan) ke atasnya.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1512, hadis nombor 7695. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي الدرداء وأبي ذر -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((ما من ميت يموت، فيقرأ عنده سورة (يس)؛ إلا هون الله عز وجل عليه.)) [فر، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، الروياني، (الضعيفة)) (5219)].
(Palsu)
Daripada Abu Darda dan Abu Dzar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Tidak ada seorang jenazah yang mati lalu dibacakan di sisinya surah Yasin melainkan Allah Azza wa Jalla akan meringankan (seksaan) ke atasnya.))
[Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus, Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan dan al-Ruyani. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 5219].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.