Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَا مِنْ مَيِّتٍ يَمُوتُ، فَيُقْرَأُ عِنْدَهُ سُورَةُ (يس)؛ إَلَّا هَوَّنَ اللهُ عَزَّ وَجَلّ عَلَيْهِ.
Teks Bahasa Melayu
Tidak ada seorang jenazah yang mati lalu dibacakan di sisinya surah Yasin melainkan Allah Azza wa Jalla akan meringankan (seksaan) ke atasnya.
Sahabat Perawi
- Abu Darda’ RA
- Abu Dzar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1512, hadis no. 7695. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي الدرداء وأبي ذر -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((ما من ميت يموت، فيقرأ عنده سورة (يس)؛ إلا هون الله عز وجل عليه.)) [فر، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، الروياني، (الضعيفة)) (5219)].
(Palsu) Daripada Abu Darda dan Abu Dzar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Tidak ada seorang jenazah yang mati lalu dibacakan di sisinya surah Yasin melainkan Allah Azza wa Jalla akan meringankan (seksaan) ke atasnya.)) [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus, Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan dan al-Ruyani. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 5219].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman