Tidak ada seorang hamba yang menghadapkan sembelihannya kepada kiblat kecuali darahnya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ما من عبد توجه بأضحيته إلى القبلة إلا كان دمها وفرثها وصوفها حسنات محضرات في ميزانه يوم القيامة، فإن الدم -وإن وقع في التراب، فإنما – يقع في حرز الله حتى يوفيه الله صاحبه يوم القيامة. وقال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: اعملوا يسيرا تجزوا كثيرا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada seorang hamba yang menghadapkan sembelihannya kepada kiblat kecuali darahnya, hampas makanan, bulunya akan menjadi kebaikan di timbangannya pada hari kiamat. Sesungguh darah jika jatuh ke tanah, ia akan berada dalam jagaan Allah sehingga Allah mengganjari pemiliknya pada hari kiamat. Nabi SAW bersabda: Beramallah sedikit, nescaya engkau akan diganjari dengan banyak.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 816 – 817, hadis nombor 4203. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عائشة –رضي الله عنها- قالت: يا أيها الناس! ضحوا، وطيبوا بها أنفسا، فإني سمعت رسول الله -صلى الله عليه وسلم- يقول: ((ما من عبد توجه بأضحيته إلى القبلة إلا كان دمها وفرثها وصوفها حسنات محضرات في ميزانه يوم القيامة، فإن الدم -وإن وقع في التراب، فإنما – يقع في حرز الله حتى يوفيه الله صاحبه يوم القيامة. وقال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: اعملوا يسيرا تجزوا كثيرا)).
[ابن عبد البر، ((الضعيفة)) (6348)]

(Sangat lemah) Daripada Aisyah RA berkata: Wahai manusia sembelihlah dan perelokkanlah kerana aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Tidak ada seorang hamba yang menghadapkan sembelihannya kepada kiblat kecuali darahnya, hampas makanan, bulunya akan menjadi kebaikan di timbangannya pada hari kiamat. Sesungguh darah jika jatuh ke tanah, ia akan berada dalam jagaan Allah sehingga Allah mengganjari pemiliknya pada hari kiamat." Nabi SAW bersabda: "Beramallah sedikit, nescaya engkau akan diganjari dengan banyak."
[Riwayat Ibn Abd al-Barr dalam al-Tamhid. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6348]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.