Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما من عبدٍ يَكفُّ بصرَهُ عن محاسنِ امرأةٍ ولو شاءَ أن ينظرَ إليْها، نظرَ إلَّا أدخلَ اللَّهُ -تعالى- قلبَهُ عبادةً يجدُ حلاوتَها.
Teks Bahasa Melayu
Tidak ada seorang hamba yang menahan pandangannya dari melihat kecantikan wanita, walaupun dia boleh melihatnya jika ia mahu, kecuali Allah akan memasukkan ke dalam hatinya kemanisan beribadah.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 808, hadis no. 4165. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عائشة –رضي الله عنها- مرفوعا قالت: قال رسول الله –صلى الله عليه وسلم-: ((ما من عبد يكف بصره عن محاسن امرأة، ولو شاء أن ينظر إليها نظر، إلا أدخل الله -تعالى- قلبه عبادة يجد حلاوتها)). [حل، ((الضعيفة)) (5971)].
(Palsu) Daripada Aisyah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) berkata: Rasulullah SAW bersabda: Tidak ada seorang hamba yang menahan pandangannya dari melihat kecantikan wanita, walaupun dia boleh melihatnya jika ia mahu, kecuali Allah akan memasukkan ke dalam hatinya kemanisan beribadah. [Riwayat Abu Nuaim dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5971]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman