TEKS BAHASA ARAB
ما من عبد يظلم رجلا مظلمة في الدنيا، لا يقتص من نفسه؛ إلا أقصه الله منه يوم القيامة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tidak ada seorang hamba yang melakukan kezaliman kepada seorang lelaki, dia tidak melakukan qisas terhadap dirinya, kecuali Allah akan melakukan qisas terhadap dirinya.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 785, hadis nombor 4028. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي سعيد الخدري يقول: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما من عبد يظلم رجلا مظلمة في الدنيا، لا يقتص من نفسه؛ إلا أقصه الله منه يوم القيامة. [هب، ((الضعيفة)) (2280)]
(Sangat Lemah) Daripada Abu Said al-Khudri RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada seorang hamba yang melakukan kezaliman kepada seorang lelaki, dia tidak melakukan qisas terhadap dirinya, kecuali Allah akan melakukan qisas terhadap dirinya.” [Riwayat al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2280]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.