Tidak ada seorang hamba pun yang mengucapkan "tiada Tuhan melainkan Allah, Dia Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, miliknya segala kerajaan dan bagi-Nya kepujian serta Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu"

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ما قال ‌عبد ‌قط: لا ‌إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك، وله الحمد، وهو على كل شيء قدير، مخلصا بها روحه، مصدقا بها قلبه لسانه، إلا فتق له أبواب السماء، حتى ينظر الله إلى قائلها، وحق لعبد نظر الله إليه ان يعطيه سؤله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada seorang hamba pun yang mengucapkan "tiada Tuhan melainkan Allah, Dia Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, miliknya segala kerajaan dan bagi-Nya kepujian serta Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu" dalam keadaan ikhlas jiwa dengannya, hatinya membenarkan lidahnya dengannya, melainkan Allah akan membentangkan untuknya pintu-pintu langit, sehingga Allah melihat orang yang menyebutnya. Juga berhaklah bagi seorang hamba yang dilihat oleh Allah itu untuk dikurniakan permintaannya.

STATUS

Munkar dengan selengkap ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 579, hadis nombor 2981. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا التمام) عن رجلين من أصحاب النبي ﷺ قالا: قال رسول الله ﷺ: «ما قال عبدٌ قطُّ: لا إله إلا اللهُ وحده لا شريك له، له الملكُ، وله الحمدُ، وهو على كلِّ شيءٍ قديرٌ، مُخلِصًا بها روحُه، مصدِّقًا بها قلبُه لسانَه، إلا فتقَ له أبوابَ السماءِ، حتى ينظرَ اللهُ إلى قائلِها، وحُقَّ لعبدٍ نظر اللهُ إليه أن يُعطيَه سُؤلَه». [ن في «العمل»، «الضعيفة» (6617)].

(Munkar Dengan Selengkap Ini) Daripada dua orang sahabat Nabi ﷺ, mereka berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Tidak ada seorang hamba pun yang mengucapkan "tiada Tuhan melainkan Allah, Dia Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, miliknya segala kerajaan dan bagi-Nya kepujian serta Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu" dalam keadaan ikhlas jiwa dengannya, hatinya membenarkan lidahnya dengannya, melainkan Allah akan membentangkan untuknya pintu-pintu langit, sehingga Allah melihat orang yang menyebutnya. Juga berhaklah bagi seorang hamba yang dilihat oleh Allah itu untuk dikurniakan permintaannya". [Riwayat al-Nasa’i dalam al-'Amal. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6617].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.