Tidak ada seorang hamba pun yang menghadap ke arah kiblat dengan binatang korbannya melainkan darah binatang tersebut, kulitnya dan bulunya menjadi kebaikan-kebaikan

TEKS BAHASA ARAB

ما من عبد توجه بأضحيته إلى القبلة إلا كان دمها وفرثها وصوفها حسنات محضرات في ميزانه يوم القيامة، فإن الدم – وإن وقع في التراب، فإنما – يقع في حرز الله حتى يوفيه الله صاحبه يوم القيامة. وقال ﷺ: اعملوا يسيرا تجزوا كثيرا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada seorang hamba pun yang menghadap ke arah kiblat dengan binatang korbannya melainkan darah binatang tersebut, kulitnya dan bulunya menjadi kebaikan-kebaikan yang tersedia pada neraca timbangan mizannya pada hari kiamat. Kerana sesungguhnya darah itu – sekalipun jika ia tumpah ke atas tanah – hanya sanya ia akan jatuh dalam jagaan Allah sehinggalah Dia memberikannya semula kepada tuannya pada hari kiamat. Baginda ﷺ bersabda: Kerjakanlah amalan yang ringan, nescaya kalian akan dibalas dengan banyak.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 428, hadis nombor 2305. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عائشة – رضي الله عنها -، قالت: يا أيها الناس! ضحوا، وطيبوا بها أنفسا، فإني سمعت رسول الله ﷺ يقول: «ما من عبد توجه بأضحيته إلى القبلة إلا كان دمها وفرثها وصوفها حسنات محضرات في ميزانه يوم القيامة، فإن الدم – وإن وقع في التراب، فإنما – يقع في حرز الله حتى يوفيه الله صاحبه يوم القيامة. وقال ﷺ: اعملوا يسيرا تجزوا كثيرا». [ابن عبد البر، «الضعيفة» (6348)].

(Sangat Lemah) Daripada ‘Aishah RA, beliau berkata: Wahai manusia! Laksanakanlah ibadah korban dan sucikanlah jiwa-jiwa dengannya. Kerana sesungguhnya aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: Tidak ada seorang hamba pun yang menghadap ke arah kiblat dengan binatang korbannya melainkan darah binatang tersebut, kulitnya dan bulunya menjadi kebaikan-kebaikan yang tersedia pada neraca timbangan mizannya pada hari kiamat. Kerana sesungguhnya darah itu – sekalipun jika ia tumpah ke atas tanah – hanya sanya ia akan jatuh dalam jagaan Allah sehinggalah Dia memberikannya semula kepada tuannya pada hari kiamat. Baginda ﷺ bersabda: Kerjakanlah amalan yang ringan, nescaya kalian akan dibalas dengan banyak. [Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6348].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs