Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما زَنَى عَبْدٌ قَطُّ فأَدْمَنَ على الزنا إلا ابْتُلِيَ في أهلِ بيتِه.
Teks Bahasa Melayu
Tidak ada seorang hamba pun yang berzina lalu dia ketagih melakukannya kecuali Allah akan mengujinya (dengan berlakunya zina) dalam kalangan ahli keluarganya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 769, hadis no. 3926. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس -رضي الله عنها - مرفوعاً: ((ما زنى عبد قط فأدمن على الزنا إلا ابتلي في أهل بيته)). [عد، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (723)].
(Palsu) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’: “Tidak ada seorang hamba pun yang berzina lalu dia ketagih melakukannya kecuali Allah akan mengujinya (dengan berlakunya zina) dalam kalangan ahli keluarganya.” [Riwayat Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu'afa', Abu Nuaim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 723]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman