Tidak ada seorang hamba lelaki mahupun perempuan yang berdoa kepada Allah pada malam Arafah dengan doa ini

TEKS BAHASA ARAB

ما من عبد ولا أمة دعا الله -تبارك وتعالى- ليلة عرفات بهذه الدعوات – وهي عشر كلمات ألف مرة؛ إلا لم يسأل الله شيئا إلا أعطاه إياه؛ إلا قطيعة رحم أو إثما: سبحان الذي في السماء عرشه، سبحان الذي في الأرض موطئه، سبحان الذي في البحر سبيله، سبحان الذي في السماء سلطانه، سبحان الذي في الجنة رحمته، سبحان الذي في القبور قضاؤه، سبحان الذي في الهواء روحه، سبحان الذي رفع السماء، سبحان الذي وضع الأرض، سبحان الذي لا منجى ولا ملجأ منه إلا إليه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada seorang hamba lelaki mahupun perempuan yang berdoa kepada Allah pada malam Arafah dengan doa ini, iaitu 10 perkataan sebanyak 1000 kali, melainkan tidaklah dia meminta sesuatu kecuali Allah akan memberikan kepadanya, kecuali jika dia ada memutuskan silaturahim atau berbuat dosa: Maha Suci Allah yang Arasy-Nya di langit, Maha suci Allah yang di bumi tempat dia berpijak, Maha Suci Allah di laut yang menjadi jalan-Nya, Maha Suci Allah yang di langit kekuasaan-Nya, Maha Suci Allah di syurga Rahmat-Nya, Maha Suci Allah di kubur ketentuan-Nya, Maha Suci Allah di angin ruh-Nya, Maha Suci Allah yang mengangkat langit, Maha Suci Allah yang meletakkan bumi, Maha Suci Allah yang tiada tempat berlindung melainkan kepada-Nya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 755, hadis nombor 3864. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عبد الله بن مسعود -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((ما من عبد ولا أمة دعا الله -تبارك وتعالى- ليلة عرفات بهذه الدعوات – وهي عشر كلمات ألف مرة؛ إلا لم يسأل الله شيئا إلا أعطاه إياه؛ إلا قطيعة رحم أو إثما: سبحان الذي في السماء عرشه، سبحان الذي في الأرض موطئه، سبحان الذي في البحر سبيله، سبحان الذي في السماء سلطانه، سبحان الذي في الجنة رحمته، سبحان الذي في القبور قضاؤه، سبحان الذي في الهواء روحه، سبحان الذي رفع السماء، سبحان الذي وضع الأرض، سبحان الذي لا منجى ولا ملجأ منه إلا إليه.)).
[تخ، عق، ((الضعيفة)) (5982)]

(Munkar) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Tidak ada seorang hamba lelaki mahupun perempuan yang berdoa kepada Allah pada malam Arafah dengan doa ini, iaitu 10 perkataan sebanyak 1000 kali, melainkan tidaklah dia meminta sesuatu kecuali Allah akan memberikan kepadanya, kecuali jika dia ada memutuskan silaturahim atau berbuat dosa: Maha Suci Allah yang Arasy-Nya di langit, Maha suci Allah yang di bumi tempat dia berpijak, Maha Suci Allah di laut yang menjadi jalan-Nya, Maha Suci Allah yang di langit kekuasaan-Nya, Maha Suci Allah di syurga Rahmat-Nya, Maha Suci Allah di kubur ketentuan-Nya, Maha Suci Allah di angin ruh-Nya, Maha Suci Allah yang mengangkat langit, Maha Suci Allah yang meletakkan bumi, Maha Suci Allah yang tiada tempat berlindung melainkan kepada-Nya.
[Riwayat Tarikh al-Kabir oleh al-Bukhari dan al-Dhuafa’ al-Kabir oleh al-Uqaili. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5982]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs