Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Tidak ada seorang hamba lelaki dan perempuan yang kedekut dengan nafkah untuk dia membelanjakannya

Teks Bahasa Arab

ما من عبْدٍ ولا أمة يَضِنُّ بنفقةٍ ينفقُها فيما يُرْضِي اللَّهَ؛ إلّا أنفقَ أضعافَها فيما يُسْخِطُ الله، وما من عبْدٍ يدعُ الحجَّ لحاجةٍ عرضَتْ له من حوائجِ الدُّنيا؛ إلا رأى مَحْقَهُ قَبْل أن يَقْضِيَ اللَّهُ له تلكَ الحاجَة -يعني: حَجَّةَ الإسلام-، وما من عبْد يدعُ المشيَ في حاجةِ أخيهِ المسلمِ -قُضِيَتْ أو لم تُقْضَ-؛ إلا ابْتُلِيَ بمعونةٍ مِنْ مَأْثَمٍ عليه، ولا يُؤْجَرُ فيه.

Teks Bahasa Melayu

Tidak ada seorang hamba lelaki dan perempuan yang kedekut dengan nafkah untuk dia membelanjakannya pada perkara yang Allah SWT reda, melainkan dia akan membelanjakan gandaannya pada perkara yang Allah SWT murkai. Dan tidaklah seorang hamba itu meninggalkan ibadah haji kerana hajat dunia, melainkan dia akan melihat kehancurannya sebelum Allah SWT menunaikan baginya hajat tersebut -iaitu: haji Islam (haji fardu yang wajib dilakukan seorang muslim sekali seumur hidup)-. Dan tidak ada seorang hamba yang meninggalkan perbuatan menolong pada hajat saudara Muslimnya -sama ada ditunaikan atau tidak-, melainkan dia akan diuji dengan pertolongan daripada mereka yang berbuat dosa terhadapnya lalu dia tidak diberi ganjaran padanya.

Sahabat Perawi

  1. Ali RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 99, hadis no. 511. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن علي بن أبي طالب -رضي الله عنه- مرفوعاً: ما من عبد ولا أمة يضن بنفقة ينفقها فيما يرضي الله؛ إلا أنفق أضعافها فيما يسخط الله، وما من عبد يدع الحج لحاجة عرضت له من حوائج الدنيا؛ إلا رأى محقه قبل أن يقضي الله له تلك الحاجة -يعني: حجة الإسلام-، وما من عبد يدع المشي في حاجة أخيه المسلم -قضيت أو لم تقض-؛ إلا ابتلي بمعونة من مأثم عليه، ولا يؤجر فيه. [الأصبهاني، ((الضعيفة)) (5165)]

(Munkar) Daripada ‘Alī ibn Abū Ṭālib RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Tidak ada seorang hamba lelaki dan perempuan yang kedekut dengan nafkah untuk dia membelanjakannya pada perkara yang Allah SWT reda, melainkan dia akan membelanjakan gandaannya pada perkara yang Allah SWT murkai. Dan tidaklah seorang hamba itu meninggalkan ibadah haji kerana hajat dunia, melainkan dia akan melihat kehancurannya sebelum Allah SWT menunaikan baginya hajat tersebut -iaitu: haji Islam (haji fardu yang wajib dilakukan seorang muslim sekali seumur hidup)-. Dan tidak ada seorang hamba yang meninggalkan perbuatan menolong pada hajat saudara Muslimnya -sama ada ditunaikan atau tidak-, melainkan dia akan diuji dengan pertolongan daripada mereka yang berbuat dosa terhadapnya lalu dia tidak diberi ganjaran padanya”. [Riwayat al-Aṣbahānī dalam al-Targhīb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5165]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.