Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَا مِنْ عَبْدٍ وَلَا أَمَةٍ دَعَا اللهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى لَيْلَة عَرَفَاتٍ بِهَذِهِ الدََعَوَاتِ -وَهِيَ عَشْرُ كَلِمَاتٍ أَلْفَ مَرَّةٍ؛ إِلاَّ لَمْ يَسْأَلِ اَللََّه شَيْئًا إِلاَّ أَعْطَاهُ إِيَّاهُ؛ إِلاَّ قَطِيعَةَ رَحِمٍ أَوْ إِِثْماً: سُبْحَانَ الَّذِي فِي اَلسَّمَاءِ عَرْشُهِ، سُبْحَانَ الَّذِي فِي اَلْأَرْضِ مَوْطِئُهُ، سُبْحَانَ الَّذِي فِي الْبَحْرِ سَبِيلُهُ، سُبْحَانَ الَّذِي فِي اَلسَّمَاءِ سُلْطَانُهُ، سُبْحَانَ الَّذِي فِي الْجَنَّةِ رَحْمَتُهُ، سُبْحَانَ الَّذِي فِي الْقُبُورِ قَضَاؤُهُ، سُبْحَانَ الَّذِي فِي الْهَوَاءِ رُوحُهُ، سُبْحَانَ الَّذِي رَفَعَ السَّمَاءَ، سُبْحَان الَّذِي وَضَعَ الْأَرْضَ، سُبْحَانَ الَّذِي لَا مَنْجَى وَلَا مَلْجَأَ مِنْهُ إِلاَّ إِلَيْهِ.
Teks Bahasa Melayu
Tidak ada seorang hamba lelaki atau hamba perempuan yang berdoa kepada Allah pada malam Arafah dengan doa yang berikut (ia adalah sepuluh kalimah) sebanyak seratus kali, melainkan Allah akan memberikan setiap yang dia minta kecuali orang yang memutuskan silaturrahim atau berdosa. Kalimah itu ialah: Maha Suci yang terdapat di langit ‘arash-Nya, Maha Suci yang terdapat di bumi tempat-Nya, Maha suci yang terdapat di laut jalan-Nya, Maha Suci yang terdapat di langit kesultanan-Nya, Maha Suci yang terdapat di syurga rahmat-Nya, Maha Suci yang terdapat di kubur ketentuan-Nya, Maha Suci yang terdapat di angin Roh-Nya, Maha Suci yang mengangkat langit, Maha Suci yang meletakkan bumi, Maha Suci yang tiada tempat berlindung atau tempat kembali melainkan kepada-Nya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas’ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1539, hadis no. 7816. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
( منكر). عن عبد الله بن مسعود -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلي الله غليه وسلم: ((ما من عبد ولا أمة دعا الله تبارك وتعالى ليلة عرفات بهذه الدعوات - وهي عشر كلمات ألف مرة؛ إلا لم يسأل الله شيئا إلا أعطاه إياه؛ إلا قطيعة رحم أو إثما: سبحان الذي في السماء عرشه، سبحان الذي في الأرض موطئه، سبحان الذي في البحر سبيله، سبحان الذي في السماء سلطانه، سبحان الذي في الجنة رحمته، سبحان الذي في القبور قضاؤه، سبحان الذي في الهواء روحه، سبحان الذي رفع السماء، سبحان الذي وضع الأرض، سبحان الذي لا منجى ولا ملجأ منه إلا إليه)). [ تخ،عق، ((الضعيفة))(5982)].
(Munkar) Daripada Abdullah Bin Mas’ud RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada seorang hamba lelaki atau hamba perempuan berdoa kepada Allah pada malam Arafah dengan doa yang berikut (ia adalah sepuluh kalimah) sebanyak seratus kali, melainkan Allah akan memberikan setiap yang dia meminta kecuali putus silaturrahim ataupun sesuatu yang berdosa. Kalimah itu ialah: Maha Suci yang terdapat di langit ‘arash-Nya, Maha Suci yang terdapat di bumi tempat-Nya, Maha suci yang terdapat di laut jalan-Nya, Maha Sui yang terdapat di langit kesultanan-Nya, Maha Suci yang terdapat di syurga rahmat-Nya, Maha Suci yang terdapat di kubur ketentuan-Nya, Maha Suci yang terdapat di angin Roh-Nya, Maha Suci yang mengangkat langit, Maha Suci yang meletakkan bumi, Maha Suci yang tiada tempat berlindung atau tempat kembali melainkan kepada-Nya.” [Riwayat di al-Bukhari dalam al-Tarikh, al-Uqaili di dalam al-Dhu’afa. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.5982]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman