Tidak ada seorang daripada anak Adam berkata sebanyak sebelas kali

TEKS BAHASA ARAB

ما من أحد من بني آدم يقول أحد عشر مرة: “لا إله إلا الله وحده لا شريك له، أحدا صمدا {لم يلد ولم يولد}”، إلا كتب الله له ألفي حسنة، ومن زاد زاده الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada seorang pun daripada anak Adam yang menyebut sebanyak sebelas kali: ‘Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya, Yang Esa lagi maha menunaikan hajat. {Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan.}’ [al-Ikhlas: 3] melainkan Allah akan menuliskan baginya dua ribu kebaikan dan barang siapa yang melakukan lebih daripada itu maka Allah akan melebihkan (ganjaran untuknya).

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1595, hadis nombor 8054. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا) عن جابر عن النبي -صلى الله عليه وسلم- قال: ((ما من أحد من بني آدم يقول أحد عشر مرة: لا إله إلا الله وحده لا شريك له، أحداً صمداً {لم يلد ولم يولد} ، إلا كتب الله له ألفي حسنة، ومن زاد زاده الله)). [ذكره ابن أبي حاتم في ((العلل))، ((الضعيفة) (6537)].

(Sangat Munkar)
Daripada Jabir RA beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: ((Tidak ada seorang pun daripada anak Adam yang menyebut sebanyak sebelas kali: ‘Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya, Yang Esa lagi maha menunaikan hajat. {Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan.}’ [al-Ikhlas: 3] melainkan Allah akan menuliskan baginya dua ribu kebaikan dan barang siapa yang melakukan lebih daripada itu maka Allah akan melebihkan (ganjaran untuknya).))
[Riwayat Ibn Abi Hatim dalam al-‘Ilal. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6537].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs