Tidak ada seorang badwi pun yang digambarkan kepadaku melainkan aku teringin untuk melihatnya kecuali ‘Antarah

TEKS BAHASA ARAB

ما وصف لي أعرابي قط فأحببت أن أراه إلا عنترة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada seorang badwi pun yang digambarkan kepadaku melainkan aku teringin untuk melihatnya kecuali ‘Antarah.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1649, hadis nombor 8334. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن عائشة، قال: أُنشد النبي صلى الله عليه وسلم قولَ عنترة:
ولقد أبيت على الطوى فأظله * * * حتى أنال به كريم المأكل
فقال صلى الله عليه وسلم: ((ما وصف لي أعرابي قط فأحببت أن أراه إلا عنترة)). [أبو الفرج في ((الأغاني))، ((الضعيفة)) (6510)].

(Munkar)
Daripada Ibn Aisyah berkata: Aku menyanyikan kepada Nabi SAW kata-kata ‘Antarah: "Aku telah bermalam dalam kelaparan dan aku berterusan dalam keadaan itu, sehingga dengannya aku mendapat semulia-mulia tempat mencari makan". Nabi SAW bersabda: ((Tidak ada seorang badwi pun yang digambarkan kepadaku melainkan aku teringin untuk melihatnya kecuali ‘Antarah)).
[Riwayat Abu al-Faraj dalam al-Aghani. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6510].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs