Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Tidak ada seorang anak yang baik yang melihat ke arah ibu bapanya dengan pandangan kasih sayang melainkan setiap pandangan itu akan mendapat pahala haji mabrur

Teks Bahasa Arab

ما من ولدٍ بارٍّ ينظرُ إلى والديْهِ نظرةَ رحمةٍ إلَّا كان لَهُ بِكلِّ نظرةٍ حجَّةً مبرورةً . قالوا وإن نظرَ إليهما كلَّ يومٍ مائةَ مرَّةٍ قالَ نعم اللَّهُ أَكبرُ وأطيبُ.

Teks Bahasa Melayu

Tidak ada seorang anak yang baik yang melihat ke arah ibu bapanya dengan pandangan kasih sayang melainkan setiap pandangan itu akan mendapat pahala haji mabrur. Para sahabat bertanya: Meskipun dia melihat ke arah kedua-duanya sehari sebanyak 100 kali? Baginda SAW telah menjawab: Benar, Allah SWT Maha Besar dan Maha Baik.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 133, hadis no. 667. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس رضي الله عنها قال: قال رسول الله ﷺ: ما من ولد بار ينظر إلى والديه نظرة رحمة؛ إلا كان له بكل نظرة حجة مبرورة قالوا: وإن نظر إليها كل يوم مائة مرة؟ قال: نعم، الله أكبر وأطيب. [هب, الحاكم في التاريخ، الضعيفة، (6273)].

(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfū‘: Tidak ada seorang anak yang baik yang melihat ke arah ibu bapanya dengan pandangan kasih sayang melainkan setiap pandangan itu akan mendapat pahala haji mabrur. Para sahabat bertanya: Meskipun dia melihat ke arah kedua-duanya sehari sebanyak 100 kali? Baginda SAW telah menjawab: Benar, Allah SWT Maha Besar dan Maha Baik. [Riwayat al-Bayhaqī dalam al-Shu‘ab, Abū ‘Abdillah al-Ḥāfiẓ dalam al-Tārīkh. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6273)]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.