Tidak ada seorang anak Adam (yang lahir) melainkan di kepalanya ada dua rantai

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ما من آدمي أحد إلا في رأسه سلسلتان: إحداهما في السابعة والأخرى في الأرض السابعة فإذا تواضع رفعه الله بالسلسلة التي في السماء وإذا أراد أن يرفع نفسه وضعه الله بالسلسلة التي في الأرض.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada seorang anak Adam (yang lahir) melainkan di kepalanya ada dua rantai. Salah satunya berada di langit yang ketujuh manakala yang satu lagi berada pada lapisan bumi yang ketujuh. Apabila dia bersikap rendah diri (tawaduk) Allah SWT akan mengangkatkanya dengan rantai yang berada di langit. dan apabila dia hendak mengangkat dirinya, Allah SWT akan merendahkannya dengan rantai yang terdapat di bumi.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 133, hadis nombor 664. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن عباس رضي الله عنها قال: قال رسول الله : ما من آدمي إلا في رأسه سلسلتان: إحداهما في السماء السابعة والأخرى في الأرض السابعة فإذا تواضع رفعه الله بالسلسلة التي في السماء وإذا أراد أن يرفع نفسه؛ وضعه الله بالسلسلة التي في الأرض. [البزار، الخرائطي في مساوئ الأخلاق، هب، فر، الضعيفة، (6259)].

(Munkar) Daripada Ibn ‘Abbās RA secara marfū‘: Tidak ada seorang anak Adam (yang lahir) melainkan di kepalanya ada dua rantai. Salah satunya berada di langit yang ketujuh manakala yang satu lagi berada pada lapisan bumi yang ketujuh. Apabila dia bersikap rendah diri (tawaduk) Allah SWT akan mengangkatkanya dengan rantai yang berada di langit. dan apabila dia hendak mengangkat dirinya, Allah SWT akan merendahkannya dengan rantai yang terdapat di bumi. [Diriwayatkan oleh al-Bazzār, al-Kharā’iṭī dalam Masāwi’ al-Akhlāq, al-Bayhaqī dalam al-Shu‘ab al-Īmān, al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6259)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.