Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما مِن آدَمي إلَّا في رأسِهِ سِلسلَتان: إحداهُما في السَّماءِ السَّابعةِ ، والأخرى في الأرضِ السَّابعةِ ، فإذا تواضَعَ رفَعهُ اللَّهُ بالسِّلسلةِ الَّتي في السَّماءِ ، وإذا أَرادَ أن يرفعَ نَفسَهُ وضعَه اللَّهُ [بالسِّلَسلةِ الَّتي في الأرضِ].
Teks Bahasa Melayu
Tidak ada seorang anak Adam (yang lahir) melainkan di kepalanya ada dua rantai. Salah satunya berada di langit yang ketujuh manakala yang satu lagi berada pada lapisan bumi yang ketujuh. Apabila dia bersikap rendah diri (tawaduk) Allah SWT akan mengangkatkanya dengan rantai yang berada di langit. dan apabila dia hendak mengangkat dirinya, Allah SWT akan merendahkannya dengan rantai yang terdapat di bumi.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 133, hadis no. 664. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عباس رضي الله عنها قال: قال رسول الله : ما من آدمي إلا في رأسه سلسلتان: إحداهما في السماء السابعة والأخرى في الأرض السابعة فإذا تواضع رفعه الله بالسلسلة التي في السماء وإذا أراد أن يرفع نفسه؛ وضعه الله بالسلسلة التي في الأرض. [البزار، الخرائطي في مساوئ الأخلاق، هب، فر، الضعيفة، (6259)].
(Munkar) Daripada Ibn ‘Abbās RA secara marfū‘: Tidak ada seorang anak Adam (yang lahir) melainkan di kepalanya ada dua rantai. Salah satunya berada di langit yang ketujuh manakala yang satu lagi berada pada lapisan bumi yang ketujuh. Apabila dia bersikap rendah diri (tawaduk) Allah SWT akan mengangkatkanya dengan rantai yang berada di langit. dan apabila dia hendak mengangkat dirinya, Allah SWT akan merendahkannya dengan rantai yang terdapat di bumi. [Riwayat al-Bazzār, al-Kharā’iṭī dalam Masāwi’ al-Akhlāq, al-Bayhaqī dalam al-Shu‘ab al-Īmān, al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6259)]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman