Tidak ada sedekah yang lebih baik dari sedekah yang diberikan kepada hamba di sisi tuan yang jahat

TEKS BAHASA ARAB

ما من صدقة أفضل من صدقة تصدق [بها] على مملوك، عند مليك سوء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada sedekah yang lebih baik dari sedekah yang diberikan kepada hamba di sisi tuan yang jahat.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 874, hadis nombor 4482. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((ما من صدقة أفضل من صدقة تصدق [بها] على مملوك، عند مليك سوء)). [طس، عد، ((الضعيفة)) (2857)].

(Sangat lemah)
Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada sedekah yang lebih baik dari sedekah yang diberikan kepada hamba di sisi tuan yang jahat.”
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat dan Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhuafa’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2857].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs