Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما من صدقه أفضلُ من صدقةٍ تُصُدِّقَ (بها) على مملوكٍ، عند مَلِيكِ سُوءٍ.
Teks Bahasa Melayu
Tidak ada sedekah yang lebih baik dari sedekah yang diberikan kepada hamba di sisi tuan yang jahat.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 874, hadis no. 4482. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((ما من صدقة أفضل من صدقة تصدق [بها] على مملوك، عند مليك سوء)). [طس، عد، ((الضعيفة)) (2857)].
(Sangat lemah) Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada sedekah yang lebih baik dari sedekah yang diberikan kepada hamba di sisi tuan yang jahat.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat dan Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhuafa’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2857].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman