Tidak ada sebuah rumah pun melainkan malaikat akan berdiri

TEKS BAHASA ARAB

حديث: ما من بيت إلا وملك يقف على بابه خمس مرات، فإذا وجد الإنسان فسد أكله، وانقطع أجله، ألقى عليه غم الموت، فغشيته كرباته، وغمرته سكراته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Tidak ada sebuah rumah pun melainkan malaikat akan berdiri di depan pintunya 5 kali (sehari). Apabila ia (malaikat) mendapati ada manusia yang rosak makannya (kerana memakan yang haram) dan ajalnya juga telah terputus, ia mencampakkan ke atasnya rasa dukacita kematian. Maka penderitaan menyelubunginya dan sakaratul mautnya memedihkannya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 162, hadis nombor 481. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع وهو آخر الأربعين الودعانية. وأولها: كأن الموت على غيرنا كتب. وكلها افتراء، وإن كان كلامها حسنا وموعظة وضعها ابن ودعان وقيل: هو سرقها من واضعها زيد بن رفاعة. ويقال: إنه الذي وضع (رسائل إخوان الصفاء) وكان من أجهل خلق الله في الحديث وأجرئهم على الكذب. كذا ذكره بعض النقاد.

Palsu, ia adalah hadith terakhir dalam Al-Arbain Al-Wad’aniyyah. Awalnya: Seolah-olah kematian telah dituliskan ke atas selain kita.

Semua hadith dalam buku ini adalah rekaan sekalipun perkataannya indah dan suatu nasihat. Ibn Wad’an telah mereka-rekanya. Dan dikatakan bahawa beliau mencurinya daripada pemalsunya iaitu Zaid bin Rifaah. Dikatakan juga bahawa beliau adalah pereka risalah-risalah Ikhwan al-Safa. Beliau adalah makhluk Allah yang paling jahil berkenaan hadith dan yang paling berani berdusta. Demikian disebutkan oleh sesetengah pakar hadith.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs