Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حَدِيث: مَا من بَيت إِلَّا وَملك يقف على بَابه خمس مَرَّات، فَإِذا وجد الْإِنْسَان فسد أكله، وَانْقطع أَجله، ألْقى عَلَيْهِ غم الْمَوْت، فَغَشِيتهُ كرباته، وغمرته سكراته.
Teks Bahasa Melayu
Hadis: Tidak ada sebuah rumah pun melainkan malaikat akan berdiri di depan pintunya 5 kali (sehari). Apabila ia (malaikat) mendapati ada manusia yang rosak makannya (kerana memakan yang haram) dan ajalnya juga telah terputus, ia mencampakkan ke atasnya rasa dukacita kematian. Maka penderitaan menyelubunginya dan sakaratul mautnya memedihkannya.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 162, hadis no. 481. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
موضوع وهو آخر الأربعين الودعانية. وأولها: كأن الموت على غيرنا كتب. وكلها افتراء، وإن كان كلامها حسنا وموعظة وضعها ابن ودعان وقيل: هو سرقها من واضعها زيد بن رفاعة. ويقال: إنه الذي وضع (رسائل إخوان الصفاء) وكان من أجهل خلق الله في الحديث وأجرئهم على الكذب. كذا ذكره بعض النقاد.
Palsu, ia adalah hadis terakhir dalam Al-Arbain Al-Wad’aniyyah. Awalnya: Seolah-olah kematian telah dituliskan ke atas selain kita. Semua hadis dalam buku ini adalah rekaan sekalipun perkataannya indah dan suatu nasihat. Ibn Wad’an telah mereka-rekanya. Dan dikatakan bahawa beliau mencurinya daripada pemalsunya iaitu Zaid bin Rifaah. Dikatakan juga bahawa beliau adalah pereka risalah-risalah Ikhwan al-Safa. Beliau adalah makhluk Allah yang paling jahil berkenaan hadis dan yang paling berani berdusta. Demikian disebutkan oleh sesetengah pakar hadis.
Rujukan
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
Makluman