Tidak ada satu waktu pagi pun, juga malam melainkan tempat-tempat di bumi akan menyeru sebahagiannya kepada sebahagian yang lain

TEKS BAHASA ARAB

ما من صباح ولا رواح إلا وبقاع الأرض تنادي بعضها بعضا: يا جارة! هل مر بك اليوم رجل صالح صلى عليك أو ذكر الله؟ فإن قالت: نعم؛ رأت لها بذلك عليها فضلا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada satu waktu pagi pun, juga malam melainkan tempat-tempat di bumi akan menyeru sebahagiannya kepada sebahagian yang lain: "Wahai jiran! Adakah telah melintasimu hari ini seorang lelaki soleh yang bersolat di atasmu atau mengingati Allah?", jika ia berkata: "Ya", ia melihat bahawa dengan sebab itu ia lebih berbanding yang lain.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1485, hadis nombor 7584. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه – مرفوعا: ((ما من صباح ولا رواح إلا وبقاع الأرض تنادي بعضها بعضا: يا جارة! هل مر بك اليوم رجل صالح صلى عليك أو ذكر الله؟ فإن قالت: نعم؛ رأت لها بذلك عليها فضلا)). [طس، حل، ((الضعيفة)) (4486)]

(Lemah)
Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak ada satu waktu pagi pun, juga malam melainkan tempat-tempat di bumi akan menyeru sebahagiannya kepada sebahagian yang lain: "Wahai jiran! Adakah telah melintasimu hari ini seorang lelaki soleh yang bersolat di atasmu atau mengingati Allah?", jika ia berkata: "Ya", ia melihat bahawa dengan sebab itu ia lebih berbanding yang lain".
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat dan Abu Nu'aym dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da'ifah; no. 4486]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs