Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما من صباحٍ ولا رواحٍ إلا وبقاعُ الأرضِ تنادي بعضُها بعضًا: يا جارةُ! هل مرَّ بكِ اليومَ رجلٌ صالحٌ صلَّى عليكِ أو ذكرَ اللهَ؟ فإن قالتْ: نعَمْ؛ رأتْ لها بذلك عليها فَضلًا.
Teks Bahasa Melayu
Tidak ada satu waktu pagi pun, juga malam melainkan tempat-tempat di bumi akan menyeru sebahagiannya kepada sebahagian yang lain: "Wahai jiran! Adakah telah melintasimu hari ini seorang lelaki soleh yang bersolat di atasmu atau mengingati Allah?", jika ia berkata: "Ya", ia melihat bahawa dengan sebab itu ia lebih berbanding yang lain.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1485, hadis no. 7584. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه - مرفوعا: ((ما من صباح ولا رواح إلا وبقاع الأرض تنادي بعضها بعضا: يا جارة! هل مر بك اليوم رجل صالح صلى عليك أو ذكر الله؟ فإن قالت: نعم؛ رأت لها بذلك عليها فضلا)). [طس، حل، ((الضعيفة)) (4486)]
(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak ada satu waktu pagi pun, juga malam melainkan tempat-tempat di bumi akan menyeru sebahagiannya kepada sebahagian yang lain: "Wahai jiran! Adakah telah melintasimu hari ini seorang lelaki soleh yang bersolat di atasmu atau mengingati Allah?", jika ia berkata: "Ya", ia melihat bahawa dengan sebab itu ia lebih berbanding yang lain". [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat dan Abu Nu'aym dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da'ifah; no. 4486]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman