TEKS BAHASA ARAB
ما من صباح يصبح العباد إلا ومناد ينادي: سبحان الملك القدوس.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tidak ada satu pun waktu pagi yang para hamba berada, melainkan malaikat penyeru berseru: Maha Suci Sang Raja Yang Maha Suci.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1485, hadis nombor 7585. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن الزبير بن العوام – رضي الله عنه – مرفوعا: ((ما من صباح يصبح العباد إلا ومناد ينادي: سبحان الملك القدوس)). [ت، ع، ابن السني، ((الضعيفة)) (4496)]
(Lemah)
Daripada al-Zubair bin al-‘Awwam RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak ada satu pun waktu pagi yang para hamba berada, melainkan malaikat penyeru berseru: Maha Suci Sang Raja Yang Maha Suci.
[Riwayat al-Tirmizi dalam Sunan beliau, Abu Ya’la dalam Musnad beliau dan Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da’ifah; no. 4496]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.