Tidak ada satu pun tempat yang diingati Allah di atasnya sama ada dengan cara solat atau zikir

TEKS BAHASA ARAB

ما من بقعة يذكر الله عليها بصلاة أو بذكر؛ إلا استبشرت بذلك إلى منتهى سبع أرضين، وفخرت على ما حولها من البقاع، وما من عبد يقوم بفلاة من الأرض يريد الصلاة؛ إلا تزخرفت له الأرض.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada satu pun tempat yang diingati Allah di atasnya sama ada dengan cara solat atau zikir, melainkan tempat itu bergembira hingga hujung tujuh lapisan bumi dan berbangga kepada tempat-tempat sekelilingnya. Dan tidaklah seseorang hamba berdiri pada mana-mana tempat di muka bumi kerana ingin mendirikan solat, melainkan muka bumi memperhiaskan untuknya, melainkan tempat itu bergembira hingga hujung tujuh lapisan bumi dan berbangga kepada tempat-tempat sekelilingnya. Dan tidaklah seseorang hamba berdiri pada mana-mana tempat di muka bumi kerana ingin mendirikan solat, melainkan muka bumi memperhiaskan untuknya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1485, hadis nombor 7583. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس – رضي الله عنه – مرفوعا: ((ما من بقعة يذكر الله عليها بصلاة أو بذكر؛ إلا استبشرت بذلك إلى منتهى سبع أرضين، وفخرت على ما حولها من البقاع، وما من عبد يقوم بفلاة من الأرض يريد الصلاة؛ إلا تزخرفت له الأرض)). [ع، أبو الشيخ في ((العظمة))، الرافعي، ((الضعيفة)) (4481)]

(Lemah)
Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak ada satu pun tempat yang diingati Allah di atasnya sama ada dengan cara solat atau zikir, melainkan tempat itu bergembira hingga hujung tujuh lapisan bumi dan berbangga kepada tempat-tempat sekelilingnya. Dan tidaklah seseorang hamba berdiri pada mana-mana tempat di muka bumi kerana ingin mendirikan solat, melainkan muka bumi memperhiaskan untuknya.
[Riwayat Abu Ya'la dalam Musnad beliau, Abu al-Shaikh dalam ((al-'Uzmah)) dan al-Rafi'i. Lihat Silsilah al-Da'ifah; no. 4481]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs