Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Tidak ada satu pun tempat yang diingati Allah di atasnya sama ada dengan cara solat atau zikir

Teks Bahasa Arab

ما مِن بُقعةٍ يذْكرُ اللَّهُ عليْها بصلاةٍ أو بذِكرٍ؛ إلَّا استَبشَرَت بذلِكَ إلى مُنتَهى سبعِ أرضينَ، وفخرَت على ما حولَها منَ البقاعِ، وما مِن عبدٍ يقومُ بفلاةٍ منَ الأرضِ يريدُ الصَّلاةَ؛ إلَّا تزخرفَت لَهُ الأرضُ.

Teks Bahasa Melayu

Tidak ada satu pun tempat yang diingati Allah di atasnya sama ada dengan cara solat atau zikir, melainkan tempat itu bergembira hingga hujung tujuh lapisan bumi dan berbangga kepada tempat-tempat sekelilingnya. Dan tidaklah seseorang hamba berdiri pada mana-mana tempat di muka bumi kerana ingin mendirikan solat, melainkan muka bumi memperhiaskan untuknya, melainkan tempat itu bergembira hingga hujung tujuh lapisan bumi dan berbangga kepada tempat-tempat sekelilingnya. Dan tidaklah seseorang hamba berdiri pada mana-mana tempat di muka bumi kerana ingin mendirikan solat, melainkan muka bumi memperhiaskan untuknya.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1485, hadis no. 7583. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس - رضي الله عنه - مرفوعا: ((ما من بقعة يذكر الله عليها بصلاة أو بذكر؛ إلا استبشرت بذلك إلى منتهى سبع أرضين، وفخرت على ما حولها من البقاع، وما من عبد يقوم بفلاة من الأرض يريد الصلاة؛ إلا تزخرفت له الأرض)). [ع، أبو الشيخ في ((العظمة))، الرافعي، ((الضعيفة)) (4481)]

(Lemah) Daripada Anas RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak ada satu pun tempat yang diingati Allah di atasnya sama ada dengan cara solat atau zikir, melainkan tempat itu bergembira hingga hujung tujuh lapisan bumi dan berbangga kepada tempat-tempat sekelilingnya. Dan tidaklah seseorang hamba berdiri pada mana-mana tempat di muka bumi kerana ingin mendirikan solat, melainkan muka bumi memperhiaskan untuknya. [Riwayat Abu Ya'la dalam Musnad beliau, Abu al-Shaikh dalam ((al-'Uzmah)) dan al-Rafi'i. Lihat Silsilah al-Da'ifah; no. 4481]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.