Tidak ada satu malam pun melainkan si penyeru akan menyeru

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: ما من ليلة إلا ينادي مناد: يا أهل القبور، من تغبطون؟ فيقولون: أهل المساجد … إلى آخره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Tidak ada satu malam pun melainkan si penyeru akan menyeru: Wahai penghuni kubur! Siapakah yang kamu cemburui? Mereka berkata: Ahli masjid… Hingga akhir.

STATUS

Tiada asalnya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 163, hadis nombor 486. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال علي قاري: لم يوجد له أصل.

Ali Qari berkata: Tidak ditemui asalnya.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.