Tidak ada satu kaum pun diberikan hujan melainkan dengan rahmat-Nya

TEKS BAHASA ARAB

ما مطر قوم قط إلا برحمته، ولا قحطوا إلا بسخطه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada satu kaum pun diberikan hujan melainkan dengan rahmat-Nya dan mereka juga tidak akan kemarau melainkan dengan kemurkaan-Nya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2027, hadis nombor 10196. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن أبي أمامة – رضي الله عنه – مرفوعا: ما مطر قوم قط إلا برحمته، ولا قحطوا إلا بسخطه.
[تمام، ((الضعيفة)) (4467)]

(Sangat lemah)
Daripada Abu Umamah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak ada satu kaum pun diberikan hujan melainkan dengan rahmat-Nya dan mereka juga tidak akan kemarau melainkan dengan kemurkaan-Nya.
[Riwayat Tamam. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4467]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs