Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما منْ ورقةٍ منْ ورقِ الهندباءِ إلا وعليها قطرةٌ منْ ماءِ الجنةِ.
Teks Bahasa Melayu
Aku masuk berjumpa Muhammad bin Ali bin Husain dan disisinya ada anaknya. Dia berkata: Ayuh kita makan tengah hari. Aku berkata: Aku sudah makan tengahari wahai anak Rasulullah! Dia berkata: Ia adalah Handaba’! Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ada apa di al-Handaba’? Dia berkata: Telah menceritakan kepadaku ayahku dari datukku: Bahawa Rasulullah SAW berkata: “Tidak ada satu daun dari dedaunan di al-Handaba’ kecuali di atasnya adalah titisan dari air syurga. Lalu didatangkan dengan inai. Lalu dia berkata: Berinailah. Aku berkata: Aku telah berinai wahai Rasulullah! Dia berkata: Ia adalah minyak lavender. Aku bertanya: Apa itu minyak lavender? Dia berkata: Ayahku telah menceritakan kepadaku dari datukku berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya kelebihan minyak lavender (al-banafsaj) daun berwarna ungu ke atas semua jenis minyak-minyak lain adalah seperti kelebihan anak-anak Abdul Muttalib ke atas kesemua Quraisy. Kelebihan minyak lavender (al-banafsaj) daun berwarna ungu adalah seperti kelebihan Islam ke atas kesemua agama lain.”
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 665, hadis no. 3431. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
عن بشر بن عبد الله بن عمرو بن سعيد الخثعمي، قال:دخلت على محمد بن علي بن حسين وعنده ابنه، فقال: هلم إلى الغداء. فقلت: قد تغديت يا ابن رسول الله! فقال: إنه هندباء! قلت: يا ابن رسول الله! وما في الهندباء؟ قال: حدثني أبي عن جدي: أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - قال: ((ما من ورقة من ورق الهِندباء إلا وعليها قطرة من ماء الجنة)). ثم أتى بدهن، فقال: ادهن. فقلت قد ادهنت يا ابن رسول الله! قال: إنه بنفسج. قلت: وما في البنفسج؟ قال: حدثني أبي عن جدي، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -:((إن فضل البنفسج على سائر الأدهان كفضل ولد عبد المطلب على سائر قريش، وإن فضل دهن البنفسج كفضل الإسلام على سائر الأديان)).[طب، ((الضعيفة))(3325)]
(Palsu) Daripada Bisyr bin Abdullah bin Amru bin Said al-Khath’ami berkata: Aku masuk berjumpa Muhammad bin Ali bin Husain dan disisinya ada anaknya. Dia berkata: Ayuh kita makan tengah hari. Aku berkata: Aku sudah makan tengahari wahai anak Rasulullah! Dia berkata: Ia adalah Handaba’! Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ada apa di al-Handaba’? Dia berkata: Telah menceritakan kepadaku ayahku dari datukku: Bahawa Rasulullah SAW berkata: “Tidak ada satu daun dari dedaunan di al-Handaba’ kecuali di atasnya adalah titisan dari air syurga. Lalu didatangkan dengan inai. Lalu dia berkata: Berinailah. Aku berkata: Aku telah berinai wahai Rasulullah! Dia berkata: Ia adalah minyak lavender. Aku bertanya: Apa itu minyak lavender? Dia berkata: Ayahku telah menceritakan kepadaku dari datukku berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya kelebihan minyak lavender (al-banafsaj) daun berwarna ungu ke atas semua jenis minyak-minyak lain adalah seperti kelebihan anak-anak Abdul Muttalib ke atas kesemua Quraisy. Kelebihan minyak lavender (al-banafsaj) daun berwarna ungu adalah seperti kelebihan Islam ke atas kesemua agama lain.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3325]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman