Tidak ada riba di antara orang kafir harbi dan juga orang Islam

TEKS BAHASA ARAB

لا ربا بين أهل الحرب وأهل الإسلام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada riba di antara orang kafir harbi dan juga orang Islam.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 827, hadis nombor 4247. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن مكحول، عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه قال: ((لا ربا بين أهل الحرب وأهل الإسلام)).
[ذكره الشافعي في ((الأم)) وعنه البيهقي في ((المعرفة))، ((الضعيفة)) (6533)]

(Munkar) Daripada Makhul daripada Rasulullah SAW: Tidak ada riba di antara orang kafir harbi dan juga orang Islam.
[Disebutkan oleh al-Syafie dalam al-Umm dan al-Baihaqi dalam al-Ma’rifah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6533]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.